Monday 8 August 2016

Kata Alu-aluan

Kata-kata Aluan untuk Laman Web Sekolah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Jumpa, Tenom di atas kerjasama  dan sokong padu sehingga laman web sekolah berhasil dibangunkan dengan jayanya. Ucapan Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mohammad Ihsan Bin Arzimi kerana rela menggunakan kepakarannnya sebagai Juruteknik Komputer di sekolah ini membantu pembangunan laman web ini.

Diharap dengan terbangunnya  laman web sekolah ini, segala maklumat yang berkaitan dengan sekolah dapat diakses oleh  masyarakat setempat atau orang ramai sahaja agar dapat  mengenali Sekolah Ini dengan lebih dekat lagi disamping menjadikan laman web sekolah ini sebagai wadah yang mudah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Walaubagaimanapun, laman web sekolah ini masih banyak yang perlu ditambahbaik untuk menjadi laman web sekolah yang  mesra pengguna  dan  sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dari segi penambahan maklumat yang perlu dalam web ini. 

Saya selaku pentadbir sekolah ini berharap  dengan segala usaha dan komitmen semua pihak yang terlibat membangunkan laman web yang baru ini dapat menepati objektif utama sekolah ini iaitu menjadi gerbang maya dan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan sekolah dan seterusnya mengenali sekolah kebangsaan Kampung Baru Jumpa dengan lebih dekat lagi.

VISI  SEKOLAH

MENEMPATKAN  SEKOLAH KAMPUNG BARU JUMPA  DI TEMPAT PERTAMA SEKOLAH TERBAIK  DAERAH TENOM PADA TAHUN 2020.

MISI SEKOLAH

MEMBERI PENDIDIKAN BERKESAN DAN SEMPURNA KEPADA MURID MELALUI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SUMBER YANG MENYELURUH DAN BERKUALITI DALAM MELAHIRKAN  MURID YANG CEMERLANG DALAM ASPEK AKADEMIK, KO-KURIKULUM  DAN SAHSIAH

OBJEKTIF SEKOLAH

1.  Memantapkan standard Pencapaian Prestasi keseluruhan UPSR SK. KG. Baru Jumpa tahun 2016 dengan GPS 2.0.

2. Mempertingkatkan kualiti dan Kuanntiti pencapaian  semuamata pelajaran  UPSR dengan 6A seramai   4 0rang.

3. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pelajaran dalam diri murid melalui program yang dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya.

4. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian murid   Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6  dalam peperiksaan PKBS.

5. Melahirkan insan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan terpuji.

6. Melahirkan insan yang berilmu, beramal dan beriman.

Target  SERASI

MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH DISAMPING  MENYERTAI PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR SERTA  MENANAMKAN DALAM DIRI MURID AKAN KEPENTINGAN MENJAGA,  MEMULIHARA SERTA MENCERIAKAN KAWASAN UNTUK MENJADI  SEKOLAH DALAM TAMAN DAN MENGGALAKKAN MURID KITAR SEMULA BAHAN TERBUANG UNTUK  HIASAN  BANGUNAN  SEKOLAH.

UPSR 2016

MENCAPAI KPI  SEKOLAH DENGAN GPS  2.0  SETERUSNYA  MENEMPATKAN SEKOLAH DI BAND 2 DALAM STANDARD KUALITI  PENDIDIKAN MALAYSIA.

SASARAN SEKOLAH UNTUK MASA AKAN DATANG.

1.   MENCAPAI KPI SEKOLAH DENGAN GPS 1.9

2.  MENEMPATKAN SEKOLAH DI BAND 1 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA.

3. MENGEKALKAN,  MENINGKATKAN  DAN MENERUSKAN USAHA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH UNTUK MELETAKKAN SEKOLAH DI TIGA TEMPAT TERATAS DALAM PERTANDINGAN SERASI.


4. MEWUJUDKAN SEKOLAH DALAM TAMAN DENGAN PENGLIBATAN DAN KERJASAMA PIBG,  KOMUNITI SETEMPAT, PELAJAR LEPASAN SEKOLAH , PPD DAN NGO.
Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama yang membangunkan laman web sekolah dan diharapkan ianya dapat menjadikan sekolah ini dikenali orang ramai.