Tahniah diucapkan kepada seluruh
warga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Jumpa, Tenom di atas kerjasama dan sokong padu sehingga laman web sekolah
berhasil dibangunkan dengan jayanya. Ucapan Tahniah dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Mohammad Ihsan Bin
Arzimi kerana rela menggunakan kepakarannnya sebagai Juruteknik Komputer di
sekolah ini membantu pembangunan laman web ini.
Diharap dengan terbangunnya laman web sekolah ini, segala maklumat yang
berkaitan dengan sekolah dapat diakses oleh
masyarakat setempat atau orang ramai sahaja agar dapat mengenali Sekolah Ini dengan lebih dekat lagi disamping
menjadikan laman web sekolah ini sebagai wadah yang mudah untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan.
Walaubagaimanapun, laman web
sekolah ini masih banyak yang perlu ditambahbaik untuk menjadi laman web
sekolah yang mesra pengguna dan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dari
segi penambahan maklumat yang perlu dalam web ini.
Saya selaku pentadbir sekolah ini
berharap dengan segala usaha dan
komitmen semua pihak yang terlibat membangunkan laman web yang baru ini dapat
menepati objektif utama sekolah ini iaitu menjadi gerbang maya dan memberi
kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan sekolah dan
seterusnya mengenali sekolah kebangsaan Kampung Baru Jumpa dengan lebih dekat
lagi.
VISI SEKOLAH
MENEMPATKAN SEKOLAH KAMPUNG BARU JUMPA DI TEMPAT PERTAMA SEKOLAH TERBAIK DAERAH TENOM PADA TAHUN 2020.
MISI SEKOLAH
MEMBERI PENDIDIKAN
BERKESAN DAN SEMPURNA KEPADA MURID MELALUI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SUMBER
YANG MENYELURUH DAN BERKUALITI DALAM MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DALAM ASPEK AKADEMIK,
KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH
OBJEKTIF SEKOLAH
1.
Memantapkan standard Pencapaian Prestasi keseluruhan UPSR SK. KG. Baru
Jumpa tahun 2016 dengan GPS 2.0.
2. Mempertingkatkan kualiti dan Kuanntiti
pencapaian semuamata pelajaran UPSR dengan 6A seramai 4 0rang.
3. Meningkatkan kesedaran tentang
pentingnya pelajaran dalam diri murid melalui program yang dirancang
dan dilaksanakan sepenuhnya.
4. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian
murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 dalam peperiksaan PKBS.
5. Melahirkan insan yang berketrampilan,
berakhlak mulia dan terpuji.
6. Melahirkan insan yang berilmu, beramal
dan beriman.
Target
SERASI
MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH DISAMPING MENYERTAI PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR
SERTA MENANAMKAN DALAM DIRI MURID AKAN KEPENTINGAN MENJAGA, MEMULIHARA SERTA MENCERIAKAN KAWASAN UNTUK
MENJADI SEKOLAH DALAM TAMAN DAN
MENGGALAKKAN MURID KITAR SEMULA BAHAN TERBUANG UNTUK HIASAN
BANGUNAN SEKOLAH.
UPSR 2016
MENCAPAI KPI SEKOLAH DENGAN GPS 2.0 SETERUSNYA MENEMPATKAN SEKOLAH DI BAND 2 DALAM STANDARD
KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA.
SASARAN SEKOLAH UNTUK MASA AKAN DATANG.
1. MENCAPAI
KPI SEKOLAH DENGAN GPS 1.9
2. MENEMPATKAN
SEKOLAH DI BAND 1 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA.
3. MENGEKALKAN,
MENINGKATKAN DAN MENERUSKAN USAHA MENCERIAKAN KAWASAN
SEKOLAH UNTUK MELETAKKAN SEKOLAH DI TIGA TEMPAT TERATAS DALAM PERTANDINGAN
SERASI.
4. MEWUJUDKAN
SEKOLAH DALAM TAMAN DENGAN PENGLIBATAN DAN KERJASAMA PIBG, KOMUNITI SETEMPAT, PELAJAR LEPASAN SEKOLAH ,
PPD DAN NGO.
Akhir kata saya sekali lagi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama yang
membangunkan laman web sekolah dan diharapkan ianya dapat menjadikan sekolah
ini dikenali orang ramai.
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment