SEJARAH

1.0      Pengenalan


            Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1962 oleh mantan Ketua Daerah Tenom, Encik OKK Said Idris Haji Mohd Tahir. Sekolah ini ditubuhkan atas kesedaran orang-orang kampong betapa pentingnya anak-anak mereka menuntut ilmu, tetapi terhalang kerana ketiadaan bangunan sekolah. Dengan itu penduduk kampong bekerjasama mendirikan sebuah bangunan yang berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah. Encik Lagan Bin Tardem diberi kepercayaan dan dilantik sebagai guru untuk mengajar dengan gaji dibayar oleh penduduk kampong ini pada tahun 1962.




            Pada tahun 1963, kerajaan telah melantik seorang guru tambahan untuk mengajar di kampung ini dan sekolah ini diberi nama Sekolah Sukarela Rakyat (NVS) Kampung Baru Jumpa sempena  nama kampung ini yang menjadi penempatan baru suku kaum Lundayeh dan Murut yang merupakan penduduk yang berhijrah dari Kalimantan, Indonesia. Suku kaum ini berhijrah ke Malaysia terutama Daerah Tenom untuk mencari pekerjaan. Mereka telah dibawa oleh mantan Ketua Daerah Tenom OKK Said Idris Haji Mohd Tahir untuk membuka sebuah perkampungan baru dan menamakan kampung ini “Kampung Baru Jumpa”.




            Pada tahun 1968, sebuah bangunan sekolah bantuan kerajaan telah dibina untuk menampung kekurangan bilik darjah dan sebuah stor. Pada masa  yang sama sebuah rumah guru turut dibina untuk penempatan guru-guru yang bertugas di sekolah ini. Pada taun 1978, kerajaan mengambil alih sekolah ini sepenuhnya dan menukarkan kepada (GPS) Baru Jumpa (Sekolah Rendah Kerajaan). Setelah pihak kerajaan mengambil alih sekolah ini pada tahun 1978, sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru telah dibina untuk menampung kekurangan bilik darjah dan rumah guru.




            Pada tahun 1984, kerajaan mengubahsuai sekolah ini dan menambah bangunan sekolah yang tediri daripada lima buah bilik darjah serta dua unit  rumah guru.  Ini menjadikan sekolah ini mempunyai 10 bilik darjah dan empat unit rumah guru.  Selain itu, sekolah ini sudah memperolehi beberapa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Antaranya ialah jalanraya berturap hingga ke sekolah, air paip gravity dan bekalan elektrik.




    1. Pengasas Sekolah
      Individu yang terlibat secara langsung dalam penubuhan sekolah ini dan seterusnya menjadi tokoh penting sebagai pengasas sekolah ini ialah:-
      i.  KK SAID IDRIS BIN HAJI MOHD. TAHIR (Mantan Ketua Daerah Tenom)
                  Allahyarham OKK Said Idris berasal dari Kampung Chinta Mata, Tenom dan merupakan bekas Ketua Daerah Tenom. Allahyarham berketurunan Banjar dan merupakan orang tempatan yang bertunggungjawab memimpin kaum Lundayeh yang datang  berhijrah dari Kalimantan, Indonesia ke Daerah Tenom untuk mendapatkan pekerjaan. Allahyarham bersama dua orang penting kaum ini mencari tapak penempatan bagi kaum ini yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Baru Jumpa. Prihatin dengan keperluan penduduk kampung, Allahyarham telah berusaha untuk menubuhkan sebuah sekolah yang pada masa itu dikenali sebagai Sekolah Rakyat (NVS).
      ii.  O.T LANGUB BIN PADAN ( Mantan Ketua Kampung )
                  O.T Langub Bin Padan berasal dari Kalimantan, Indonesia. Beliau berketurunan Lundayeh dan merupakan salah seorang pemimpin masyarakat Lundayeh yang berhijrah ke Daerah Tenom. Beliau merupakan individu yang banyak memberi kerjasama kepada OKK Said Idris untuk  memenuhi hasrat penduduk / masyarakat Lundayeh pada masa itu untuk menubuhkan sebuah sekolah. Beliau merupakan Ketua Kampung Pertama Kampung Baru Jumpa yang pada masa itu dikenali sebagai orang Tua (O.T ). Memandangkan beliau juga Ketua Gereja, maka beliau telah meminjam sebuah bangunan gareja sebagai tempat  sementara waktu dari tahun 1959 hingga tahun 1963 sebagai tempat anak-anak penduduk kampung menuntut ilmu pada masa itu.
      iii.  KK RIUNG BIN BUAYA (Mantan Ketua )
                  KK Riung Bin Buaya juga berasal dari Kalimantan, Indonesia.  Beliau juga berbangsa Lundayeh dan juga merupakan orang penting dalam masyarakat Lundayeh dan terlibat dalam penubuhan Kampung Baru Jumpa dan seterusnya mendirikan sebuah sekolah di kampung  ini. Beliau bersama  O.T. Langub juga merupakan individu yang bertanggungjawab mencari tenaga pengajar untuk mengajar di sekolah yang baru dibina pada masa tersebut. Kadar gaji yang diberikan merupakan pemberian dari penduduk kampung iaitu segantang beras dan wang tunai sebanyak RM2.00 sebulan bagi setiap ibubapa kepada tenaga pengajar yang dilantik pada masa tersebut.
                 
                  Sejarah ringkas penubuhan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Jumpa ini akan menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang. Akhir sekali Pihak Pentadbiran sekolah mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan keprihatinan mereka dalam menubuhkan sekolah ini dan kini pada tahun 2015 telah berdiri megah sebuah sekolah yang tersergam indah dengan 4 unit bangunan berkayu yang mana terdiri daripada Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru, Bilik Khas dan bilik darjah Tahun 1 hingga 6 dan bangunan Pra Sekolah dengan murid seramai  170 untuk tahun berakhir November 2015.
    2. SENARAI GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU JUMPA, TENOM SEJAK TAHUN 1962 HINGGA 2015
      Jadual 1 : Senarai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Jumpa, Tenom sejak tahun 1962 hingga sekarang.


BIL
NAMA GURU BESAR
BERMULA
HINGGA
01.
ENCIK LAGAN TARDEM
1962
1963
02.
ENCIK BARO LABO
1963
1964
03.
ENCIK EKIN SATONG
1964
1965
04.
ENCIK JUAL JALIL
1965
1966
05.
ENCIK RIBIN KAMIN
1966
1967
06.
ENCIK JUAL JALIK
1968
1969
06.
ENCIK SUHAILEE TENSEN
1969
1971
07.
ENCIK BASIRUN MOHD. TAMIN
1971
1973
08.
ENCIK RAYMOND EMUS GINTOD
1974
1975
09.
ENCIK SUHAILEE TENSEN
1975
1976
10.
ENCIK IMRAN BIDIN
1977
1980
11.
ENCIK IMRAN BIDIN
1977
1980
12.
ENCIK ABDUL HAMID HASHHIM
1980
1981
13.
ENCIK SAIDI@SIDIE SUKIMAN
1981
1990
14.
ENCIK TOKIJOH SAID (menjalankan tugas)
1990
1995
15.
ENCIK ROSIN PANGGATON (Menjalankan Tugas)
1995
1997
16.
ENCIK  JAINI  HJ  CHINUR
1997
2005
17.
ENCIK  MD. DAUD GAPAR
2006
2010
18.
ENCIK SHAMSUDIN AKIL
2010
2012
19.
ENCIK  RAYMOND  BIN  RICHARD
2013
02.11.2015
20.
PUAN  MONICA  JINIPOL
02.11.2015
SEKARANG

1 comment:

  1. Syabas dan tahniah kepada penulis Sejarah Sekolah Kebangsaan Kg. Baru Jumpa. Tenom .

    ReplyDelete